Nak Tau?....

Dulu , hidupku amat susah sehinggakan nak bayar yuran berjumlah tiga puluh sen pun tak mampu nak bayar. Sewaktu aku masih bersekolah rendah dalam darjah 3. Aku masih ingat lagi ketika itu perhimpunan pagi sedang berlangsung. Tiba-tiba muncul seorang ibu yang sedang mengendong seorang bayi kecil berdiri bersebelahan guru besar yang bernama Hjh Maimunah. Aku begitu terkejut. Itu ibuku.... lututku jadi gementar,badanku jadi lemah. Oh Tuhan.... kenapa?
Sejurus itu kedengaran pengumuman daripada guru besar, memanggil namaku agar keluar ke hadapan. Aku melangkah demi langkah...kawan-kawanku semuanya sibuk bertanyakan itu dan ini, tetapi aku tidak menghiraukannya. Dan terus kehadapan. Aku menatap mata ibu... ada airmata yang bergenang....aku tunduk tak berkata-kata apa. Guru Besar menyuruh aku mengikutinya masuk ke dalam bilik guru. Barulah aku tau bahawa ibuku dipanggil kerana aku belum membayar yuran selama 7 bulan. Ketika itu ibu hanya dapat membayar 3 bulan sahaja. Bakinya akan di jelaskan kemudian. Aku jadi terharu...air mataku tak dapat ditahan lagi....terus laju jatuh membasahi lantai bilik guru itu. Aku berazam akan berusaha untuk membayarnya dengan caraku sendiri.

Akhirnya aku dapat jua menjelaskan baki yuran tersebut dengan caraku sendiri.
Nak tau Caranya? Tunggu cerita selanjutnya. tunggu........!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

4 comments:

Sue said...

Teruskan Usaha kak b!!

Rohaizah Ali said...

Tahniah. Saya ingin menjadi setabah anda. Kadang-kadang kesusahanlah menjadikan kita lebih matang dan menghargai kesenangan dan kejayaan daripada orang lain.

Azman Bin Sulaiman said...

History never lies..future is to be expected..NOW is always TRUE..

mie said...

tahniah cik bik.. dah ada blog sendiri... menarik...

Post a Comment

Mengenai blog

Blog ini dihasilkan untuk memaparkan hasil karya puisi yang baik . Ianya dihasilkan sendiri . Sebarang komen dan respon anda dialu-alukan.