BALAI KARYA

Ini hasil karya lukisanku yang berjudul “ Segar “ telah siap pada 23 Oktober 2009, dengan menggunakan bahan “ water Colour”.

Ketika itu fikiranku melayang jauh mengenangkan ayah dan ibuku yang telah lama pergi meninggalkanku dan tak akan kembali lagi. Pabila aku merenung gambar itu teringat akanku kebaikan hati seorang ayah. Ketika itu aku diserang sakit demam yang agak teruk juga. Tekakku tidak dapat menerima sebiji nasi pun.

Pahit sekali . Yang terlintas di mindaku , Aku mahu makan buah anggur.!..... Waktu itu buah anggur adalah hidangan orang bangsawan. Mahal…! Manalah dapat ayahku membelinya dalam keadaan yang sedang gawat itu.

Aku menangis tak henti-henti, mogok tidak mahu makan apa-apa. Coba kalian bayangkan bagaimana perasaan hati seorang ibu dan ayahku ketika itu, jelas sekali dalam poket seluar ayahku cuma ada beberapa helai wang kertas bernot RM satu ringgit dan ketika itu hari hampir petang. Aku tetap menangis, sehingga tertidur.

Bila ku sedar , jelas sekali di hadapanku selonggok buah anggur berwarna merah dan hitam terhidang di dalam pinggan. Tanpa berlengah lagi aku terus mencapainya lalu makan dengan lahap seperti orang tak makan sepuluh hari. Ketika itu aku tidak sedar ibu dan ayahku sedang memerhatikan aku dengan mata yang bergenangan

dengan air mata kasih. Waktu itu aku tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu pun akan kesusahan hidup keluargaku, kerana segala apa yang ku pinta pasti dapat. Adakah kalian ingin tahu bagaimana ayah dan ibuku memperolehi wang membeli buah anggur untukku? Oh ya…! Tunggu!................cerita selanjutnya pada masa akan datang.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

BUANA KARYA




“ Milik Siapa “ hasil lukisanku yang terkini telah berjaya di siapkan selama 2 hari pada Ogos 2010., dengan menggunakan “ Oil pastel “ . Gambaran tentang beberapa biji telur yang terdampar di atas sepohon kayu yang besar di belantara hutan. Milik Siapa ?..........

Itu adalah suatu persoalannya yang tiada bernoktah. Adakah ianya merupakan suatu kemunculan generasi baru yang akan menggegarkan dunia ? Oh ! tiada siapa yang berani menjawabnya.



” Perhentian “ tajuk lukisanku yang menggunakan bahan “ Oil Pastel “ telah mengambil masa 1 hari sahaja, Secara spontan ketika hatiku dilanda resah yang tak sudah. Adakah ianya suatu perhentian yang akan menjerut perasaan yang resah ? atau suatu perhentian yang membawa riang berbunga harapan?

Namun , bahtera yang berkelana tetap mahu berlabuh di perhentian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mengenai blog

Blog ini dihasilkan untuk memaparkan hasil karya puisi yang baik . Ianya dihasilkan sendiri . Sebarang komen dan respon anda dialu-alukan.