Nak Tau?....

Dulu , hidupku amat susah sehinggakan nak bayar yuran berjumlah tiga puluh sen pun tak mampu nak bayar. Sewaktu aku masih bersekolah rendah dalam darjah 3. Aku masih ingat lagi ketika itu perhimpunan pagi sedang berlangsung. Tiba-tiba muncul seorang ibu yang sedang mengendong seorang bayi kecil berdiri bersebelahan guru besar yang bernama Hjh Maimunah. Aku begitu terkejut. Itu ibuku.... lututku jadi gementar,badanku jadi lemah. Oh Tuhan.... kenapa?
Sejurus itu kedengaran pengumuman daripada guru besar, memanggil namaku agar keluar ke hadapan. Aku melangkah demi langkah...kawan-kawanku semuanya sibuk bertanyakan itu dan ini, tetapi aku tidak menghiraukannya. Dan terus kehadapan. Aku menatap mata ibu... ada airmata yang bergenang....aku tunduk tak berkata-kata apa. Guru Besar menyuruh aku mengikutinya masuk ke dalam bilik guru. Barulah aku tau bahawa ibuku dipanggil kerana aku belum membayar yuran selama 7 bulan. Ketika itu ibu hanya dapat membayar 3 bulan sahaja. Bakinya akan di jelaskan kemudian. Aku jadi terharu...air mataku tak dapat ditahan lagi....terus laju jatuh membasahi lantai bilik guru itu. Aku berazam akan berusaha untuk membayarnya dengan caraku sendiri.

Akhirnya aku dapat jua menjelaskan baki yuran tersebut dengan caraku sendiri.
Nak tau Caranya? Tunggu cerita selanjutnya. tunggu........!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Badai Kalbumu

Kau manusia bercabang fikiran
Timbul niat dalam kalbumu
Hasutan nafsu mengungkai badai
jadi habuan makanan Si Tenggang
Hasil peluh berbau hamis
Menyedak hidung yang resdung
Menjijikkan mata insan nan suci.
Demi perjuangan hidup duniawi
Sampai kau tak kenal diri sendiri.

Kau manusia bercabang fikiran
Timbul niat dalam kalbumu
cuba menyisih pemberian berkait
cuba melontar denyutan nadi bernafsu
cuba membunuh bicara nista
cuba mengosongkan kantung berbara

Ya, kau manusia coba berhati syurga
telah menangis air mata penyesalan
menongkat ikhtiar berjanji setia
Utuh dan teguh seketul hati
Lalu disamak menjadi melati suci
untuk bertemu jalan hidup yang abadi




Cetusan rasa:
Ruby,A
Parit Sulong. Batu Pahat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mengenai blog

Blog ini dihasilkan untuk memaparkan hasil karya puisi yang baik . Ianya dihasilkan sendiri . Sebarang komen dan respon anda dialu-alukan.